selepas makan-makan di rumah naqib semalam (thanks guys!), aku dan budak-budak rumah ingin menapau bubble tea untuk waktu study nanti. kira pemberi semangat la dikala musim midterm ni.
selesai membeli tu kitorang berdiri la depan kedai tu sambil meneka yang bus dah lepas ke belum.
tapi malang tidak berbau. aku tengah cakap sambil nak simpan straw dalam beg liyana sambil pegang air tu bila tiba-tiba je aku terlepas air dan ia jatuh ke lantai.
kalau jatuh je takpe la lagi. ni dia terus pecah.
and to make things worse, ada a group of people kat situ and semua orang pandang. LIKE SERIOUSLY PANDANG SAMBIL BUAT MUKA KESIAN. AHHHH, MALUNYEEEEEE!!!!
tapi aku control macho lagi, dan cuba angkat cawan tu sebab nak buang. takkan la nak biar macam tu je, dah la aku tumpahkan air. tapi waktu angkat tu semua isi terus tertumpah and semua orang yang melihat macam buat bunyi "awwww". SHEEESHHH, tolong la weyh aku dah cukup malu dah tak payah la buat bunyi-bunyi pulak! T_T
sedih sebenarnya. harapan untuk study sambil menikmati bubble tea tak kesampaian.
jadi aku pun buang cawan tersebut dan sedang berfikir untuk membeli baru ke tak, bila tiba-tiba..
the guy yang jaga kedai tu datang and bagi kat aku yang baru punya. aku segan tapi terharu dan gembira. sebelum ni lelaki tu macam emo je and aku macam tak suka dia sangat (sebab lagi seorang tu lebih handsome dan baik gila asyik senyum) tapi sejak peristiwa ni aku dah rasa dia baik.
tapi bila dah naik bus aku macam teringat pulak.
kau pernah tak waktu kecik-kecik dulu, dapat duit beli aiskrim lepas tu baru nak makan dia tiba-tiba je jatuh? lepas tu baru nak sedih menangis orang kedai tu kesian jadi dia bagi aiskrim baru?
ye, aku rasa macam budak kecik la pulak. ahhh, malunyeeeee!!!
p/s: tensionnya study!!! mintak maaf astro tapi aku terpaksa korbankan kau demi cal. sob2.
Useless facts about moi #1
2 days ago

jom kte stadi astro lk ok?
ReplyDelete